Tuesday 5 September 2017

Minit Mesyuarat Pegawai Kelab Kesedaran 17/01

Tarikh: 1 September 2017 (Jumaat)
Masa: 5.00 petang
Tempat: 285 Lorong K, Aulong Lama, 34000 Taiping, Perak

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan para pegawai Kelab Kesedaran yang menyertai mesyuarat sulung ini (17/01) serta mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan.

2. Pembentangan Draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan Pertama

2.1 Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Pertama bertarikh 17 Jun 2017 untuk makluman para pegawai Kelab Kesedaran.

3. Pengesahan Ahli Baharu

3.1 Setiausaha memaklumkan bahawa tidak ada sebarang permohonan baharu diterima.

4. Pembentangan Laporan Kewangan

4.1 Bendahari membentangkan kedudukan kewangan Kelab Kesedaran dari 18 Jun hingga 31 Ogos 2017.

5. Pembentangan Laporan Aktiviti (Julai–Ogos 2017)

5.1 Vanitha Murugan melaporkan bahawa pegawai Kelab Kesedaran terlibat dalam membantu menjayakan Bengkel Baca Cerpen Kavyan pada 15 Julai 2017. Beberapa ahli Kelab Kesedaran serta anak-anak mereka turut menjadi peserta.

5.2 Mariamah P. Kumarasamy melaporkan bahawa pegawai Kelab Kesedaran telah membantu menjayakan Program Memperkasakan Remaja pada 31 Ogos dan 1 September 2017. Anak-anak (remaja) beberapa ahli Kelab Kesedaran juga menjadi peserta program ini.

6. Cadangan Aktiviti (September 2017 – Februari 2018)

6.1 Mesyuarat bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama, Taiping (Sangam), Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah) dan sebagainya; jika melibatkan program yang selaras objektif penubuhan Kelab Kesedaran.

6.2 Kerjasama dengan pertubuhan lain akan membantu mengurangkan kos, menjimatkan tenaga, dan sekali gus membantu pegawai Kelab Kesedaran menimba ilmu dan pengalaman.

6.3 Pegawai dan ahli Kelab Kesedaran perlu digalakkan menyertai pelbagai program yang berlangsung di Dewan Sangam, Aulong Lama. Misalnya Kelas Thevaram (Ahad), Kelas Malam (Isnin), Kelas Kolattam (Khamis), Permainan Badminton (Sabtu) dan Latihan Silambam (Sabtu). [Rujuk di sini]

6.4 Mesyuarat bersetuju untuk terlibat sama menjayakan Kem Bangga Komuniti di bawah Projek Komuniti Kavyan pada 3 & 4 November 2017. Beberapa pegawai Kelab Kesedaran akan terlibat sebagai Jawatankuasa Pelaksana. Peluang ini boleh dimanfaatkan untuk menimba ilmu serta meningkatkan kemahiran diri. Anak-anak (remaja) ahli Kelab Kesedaran perlu digalakkan menjadi peserta, dan Kelab Kesedaran akan menampung yuran penyertaan mereka.

6.5 Para pegawai yang mempunyai sebarang cadangan lain diminta mengemukakannya pada mesyuarat akan datang.

7. Hal-hal Berbangkit

7.1 Tiada sebarang hal-hal berbangkit untuk dibincangkan.

8. Penangguhan Mesyuarat

8.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Mesyuarat Pegawai Kelab Kesedaran seterusnya (17/02) akan diadakan pada Disember 2017. Tarikh dan masa akan dimaklumkan kemudian.

8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6:30 petang dengan ucapan terima kasih daripada Pengerusi.

[Laporan ini bertarikh 6 September 2017]