Tuesday 5 September 2017

Minit Mesyuarat Pegawai Kelab Kesedaran 17/01

Tarikh: 1 September 2017 (Jumaat)
Masa: 5.00 petang
Tempat: 285 Lorong K, Aulong Lama, 34000 Taiping, Perak

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan para pegawai Kelab Kesedaran yang menyertai mesyuarat sulung ini (17/01) serta mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan.

2. Pembentangan Draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan Pertama

2.1 Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Pertama bertarikh 17 Jun 2017 untuk makluman para pegawai Kelab Kesedaran.

3. Pengesahan Ahli Baharu

3.1 Setiausaha memaklumkan bahawa tidak ada sebarang permohonan baharu diterima.

4. Pembentangan Laporan Kewangan

4.1 Bendahari membentangkan kedudukan kewangan Kelab Kesedaran dari 18 Jun hingga 31 Ogos 2017.

5. Pembentangan Laporan Aktiviti (Julai–Ogos 2017)

5.1 Vanitha Murugan melaporkan bahawa pegawai Kelab Kesedaran terlibat dalam membantu menjayakan Bengkel Baca Cerpen Kavyan pada 15 Julai 2017. Beberapa ahli Kelab Kesedaran serta anak-anak mereka turut menjadi peserta.

5.2 Mariamah P. Kumarasamy melaporkan bahawa pegawai Kelab Kesedaran telah membantu menjayakan Program Memperkasakan Remaja pada 31 Ogos dan 1 September 2017. Anak-anak (remaja) beberapa ahli Kelab Kesedaran juga menjadi peserta program ini.

6. Cadangan Aktiviti (September 2017 – Februari 2018)

6.1 Mesyuarat bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama, Taiping (Sangam), Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah) dan sebagainya; jika melibatkan program yang selaras objektif penubuhan Kelab Kesedaran.

6.2 Kerjasama dengan pertubuhan lain akan membantu mengurangkan kos, menjimatkan tenaga, dan sekali gus membantu pegawai Kelab Kesedaran menimba ilmu dan pengalaman.

6.3 Pegawai dan ahli Kelab Kesedaran perlu digalakkan menyertai pelbagai program yang berlangsung di Dewan Sangam, Aulong Lama. Misalnya Kelas Thevaram (Ahad), Kelas Malam (Isnin), Kelas Kolattam (Khamis), Permainan Badminton (Sabtu) dan Latihan Silambam (Sabtu). [Rujuk di sini]

6.4 Mesyuarat bersetuju untuk terlibat sama menjayakan Kem Bangga Komuniti di bawah Projek Komuniti Kavyan pada 3 & 4 November 2017. Beberapa pegawai Kelab Kesedaran akan terlibat sebagai Jawatankuasa Pelaksana. Peluang ini boleh dimanfaatkan untuk menimba ilmu serta meningkatkan kemahiran diri. Anak-anak (remaja) ahli Kelab Kesedaran perlu digalakkan menjadi peserta, dan Kelab Kesedaran akan menampung yuran penyertaan mereka.

6.5 Para pegawai yang mempunyai sebarang cadangan lain diminta mengemukakannya pada mesyuarat akan datang.

7. Hal-hal Berbangkit

7.1 Tiada sebarang hal-hal berbangkit untuk dibincangkan.

8. Penangguhan Mesyuarat

8.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Mesyuarat Pegawai Kelab Kesedaran seterusnya (17/02) akan diadakan pada Disember 2017. Tarikh dan masa akan dimaklumkan kemudian.

8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6:30 petang dengan ucapan terima kasih daripada Pengerusi.

[Laporan ini bertarikh 6 September 2017]


Thursday 22 June 2017

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Pertama

Tarikh: 17 Jun 2017 (Sabtu)
Masa: 6.00 petang
Kehadiran: 26 orang

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Surendran Govindasamy selaku Pengerusi mengalu-alukan para ahli Kelab yang menyertai Mesyuarat Agung Tahunan Pertama serta mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa pendaftaran “Kelab Kesedaran Pendidikan, Pembangunan Kapasiti dan Integrasi Nasional Daerah Larut dan Matang, Perak” sudah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 16 Mei 2017.

1.3 Salinan surat Pendaftar Pertubuhan (ROS), Sijil Pendaftaran, dan Perlembagaan Kelab diletakkan di tempat urusan Kelab untuk rujukan.

2. Pembentangan Minit Mesyuarat Penubuhan

2.1 Uthaya Sankar SB selaku Setiausaha membentangkan minit mesyuarat penubuhan bertarikh 30 April 2017.

2.2 Minit mesyuarat berkenaan disahkan oleh semua yang hadir.

3. Pemilihan Ahli Jawatankuasa (Pegawai), Penasihat dan Juruaudit

3.1 Memandangkan beberapa individu yang menghadiri Mesyuarat Penubuhan (30 April 2017) dan dimasukkan sebagai AJK Penaja tidak lagi menjadi ahli Kelab, maka pemilihan pegawai Kelab dilakukan semula.

3.2 Senarai Pegawai Kelab adalah seperti berikut:

            Pengerusi: Surendran Govindasamy
            Timbalan Pengerusi: Vanitha Murugan
            Setiausaha: Uthaya Sankar SB
            Penolong Setiausaha: Manivale K. Arumugam
            Bendahari: Mariamah P. Kumarasamy
            AJK Biasa 1: Subramaniam Kerisnin
            AJK Biasa 2: Arayee Supramaniam
            AJK Biasa 3: Chitradevi P. Krishnan
            AJK Biasa 4: Christiana Francis
            AJK Biasa 5: Govila Kamalanathan
            AJK Biasa 6: Jaya Arokiasamy
            AJK Biasa 7: Jegavani Lengkan
            AJK Biasa 8: Kalaivani K. Veloo
            AJK Biasa 9: Letchimy Murukan
            AJK Biasa 10: Loganathan Veloo
            AJK Biasa 11: Magesuary Chrishnan
            AJK Biasa 12: Megala Naidu Krishnasamy
            AJK Biasa 13: Nanthakumaran M. Kunnasakaran
            AJK Biasa 14: Nermalah Singaram
            AJK Biasa 15: Shanmugarani P. Shanmugam
            AJK Biasa 16: Vanitha Maniam

3.3 Mesyuarat bersetuju sebulat suara melantik dua ahli berikut sebagai Juruaudit mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Kelab:

            Juruaudit 1: Lee Pook Moi
            Juruaudit 2: Anthony Michael Vereiya

3.4 Mesyuarat juga bersetuju sebulat suara melantik dua individu berikut sebagai Penasihat Kelab mengikut peruntukan Perlembagaan Kelab:

            Penasihat 1: Datuk Murugan Alimuthu
            Penasihat 2: Adam Arokia Ammaradass

4. Laporan Kewangan

4.1 Mariamah P. Kumarasamy selaku Bendahari memaklumkan bahawa memandangkan ini adalah Mesyuarat Agung Tahunan Pertama, maka penyata kewangan tidak perlu diaudit dan tidak perlu dimasukkan dalam  sistem eroses.

4.4 Penyata Kewangan yang diaudit akan dibentang pada Mesyuarat Agung Tahunan Kedua pada tahun 2018.

5. Membuka Akaun Bank

5.1 Para ahli yang menghadiri mesyuarat bersetuju supaya akaun bank dibuka atas nama Kelab.

5.2 Tugas menguruskan pembukaan akaun di mana-mana bank yang sesuai diserahkan kepada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

5.3 Pengurusan wang di bank, wang runcit di tangan, dan kuasa menandatangani cek adalah mengikut peruntukan Perlembagaan Kelab.

6. Aktiviti Kelab

6.1 Aktiviti yang dijalankan oleh Kelab perlulah selaras matlamat yang termaktub dalam Perlembagaan Kelab.

6.2 Para ahli bersetuju supaya Kelab turut terlibat dalam Projek Komuniti Kavyan anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama (Sangam) dan Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah) di Aulong Lama, Taiping, Perak.

7. Hal-hal Berbangkit

7.1 Mesyuarat membincangkan hal-hal lain yang tidak termasuk dalam agenda di atas, tetapi dirasakan perlu dibincangkan segera. Bagaimanapun, tiada sebarang hal-hal berbangkit untuk dibincangkan.

8. Penangguhan Mesyuarat

8.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 7:30 malam dengan ucapan terima kasih daripada Pengerusi.


Tuesday 16 May 2017

Minit Mesyuarat Penubuhan

Tarikh: 30 April 2017 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Tempat: 285 Lorong K, Aulong Lama, 34000 Taiping, Perak
Kehadiran: 37 orang

1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat Penubuhan

Uthaya Sankar SB selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghadiri mesyuarat penubuhan ini. Beliau menerangkan matlamat mengadakan mesyuarat ini untuk menubuhkan sebuah kelab yang bertujuan memberi pelbagai peluang pembangunan kapasiti (capacity building) kepada masyarakat India di Daerah Larut dan Matang. Kelab ini menumpukan kepada aspek kesedaran pendidikan, kebudayaan, pembangunan kapasiti, mobiliti sosial dan integrasi nasional, dengan tumpuan khusus kepada penduduk kaum India di Daerah Larut dan Matang, Perak.

2. Meluluskan Nama dan Alamat Penubuhan

Mesyuarat membincangkan tentang nama pertubuhan dan bersetuju sebulat suara dengan nama “Kelab Kesedaran Pendidikan, Pembangunan Kapasiti dan Integrasi Nasional Daerah Larut dan Matang, Perak” dan alamat surat-menyurat di 285 Lorong K, Aulong Lama, 34000 Taiping, Perak.

3. Perlembagaan Pertubuhan

Mesyuarat berbincang tentang perlembagaan pertubuhan dan dengan sedikit pindaan, perlembagaan diluluskan oleh semua yang hadir.

4. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penubuhan

Ahli-ahli seperti berikut telah dipilih secara sebulat suara:

            Pengerusi: Surendran Govindasamy
            Timbalan Pengerusi: Vanitha Murugan
            Setiausaha: Uthaya Sankar SB
            Penolong Setiausaha: Manivale K. Arumugam
            Bendahari: Mariamah P. Kumarasamy
            AJK Biasa 1: Subramaniam Kerisnin
            AJK Biasa 2: Arayee Supramaniam
            AJK Biasa 3: Chitradevi P. Krishnan
            AJK Biasa 4: Christiana Francis
            AJK Biasa 5: Dhanam Muniretnam
            AJK Biasa 6: Govila Kamalanathan
            AJK Biasa 7: Jaya Arokiasamy
            AJK Biasa 8: Jegavani Lengkan
            AJK Biasa 9: Kalaivani K. Veloo
            AJK Biasa 10: Letchimy Murukan
            AJK Biasa 11: Loganathan Veloo
            AJK Biasa 12: Magesuary Chrishnan
            AJK Biasa 13: Mariayee Murugayah
            AJK Biasa 14: Megala Naidu Krishnasamy
            AJK Biasa 15: Nanthakumaran M. Kunnasakaran
            AJK Biasa 16: Nermalah Singaram
            AJK Biasa 17: Pushpah Arjunan
            AJK Biasa 18: Shanmugarani P. Shanmugam
            AJK Biasa 19: Vanitha Maniam
            AJK Biasa 20: Vijayarani Palanisamy

5. Mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

Mesyuarat bersetuju untuk mendaftarkan pertubuhan ini dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Tugas bagi pendaftaran ini secara dalam talian (online) diserahkan kepada Setiausaha untuk menguruskannya.

6. Membuka Akaun Bank

Mesyuarat bersetuju supaya akaun bank dibuka atas nama pertubuhan. Tugas menguruskan pembukaan akaun di mana-mana bank yang sesuai diserahkan kepada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Pembukaan akaun bank perlu dilakukan segera selepas pendaftaran pertubuhan diluluskan oleh JPPM. Pengurusan wang di bank, wang runcit di tangan, dan kuasa menandatangani cek adalah mengikut peruntukan Perlembagaan Pertubuhan.

7. Penasihat dan Juruaudit

Mesyuarat turut membincangkan dan bersetuju sebulat suara dengan lantikan ini untuk dilakukan selepas pendaftaran pertubuhan diluluskan oleh JPPM.

            Penasihat 1: Datuk Murugan Alimuthu
            Penasihat 2: Adam Arokia Ammaradass
            Juruaudit 1: Lee Pook Moi
            Juruaudit 2: Anthony Michael Vereiya

8.  Mesyuarat ditamatkan pada jam 11:30 pagi.

[Nota: Pendaftaran diluluskan oleh JPPM pada 16 Mei 2017]